Kehangatan kempen Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 (PRN-17) kian terasa apabila sejumlah 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera dan pasangan manakala 12,729 lagi melibatkan anggota polis serta pasangan.