Surprise Me!

Airbus arah ubah perisian 6,000 pesawat A320 segera

2025-11-28 13 Dailymotion

Airbus mengarahkan perubahan perisian segera terhadap lebih 6,000 pesawat A320 susulan penemuan bahawa radiasi solar boleh menjejaskan data kawalan penerbangan. EASA akan mengeluarkan arahan keselamatan penerbangan kecemasan bagi memastikan pembetulan segera. Dua pertiga pesawat dijangka mengalami henti operasi singkat, manakala ratusan lagi mungkin memerlukan penggantian perkakasan. Di Malaysia, AirAsia yang mengoperasikan hampir 100 unit A320 dijangka terkesan. Arahan ini menyusul insiden JetBlue Flight 1230 yang mengalami masalah kawalan sehingga terpaksa membuat pendaratan cemas.