Ekosistem kenderaan elektrik (EV) di Malaysia jelas memasuki fasa baharu. Perodua baru sahaja melancarkan EV pertamanya, Proton sebelum ini juga telah memulakan langkah, dan pemain global seperti Tesla, BYD, GWM, Chery, Hyundai serta banyak lagi semakin agresif di pasaran tempatan. Dengan pengeluar tempatan kini turut mempercepatkan usaha serta dasar seperti pelan hala tuju EV, insentif pengecasan dan pembiayaan hijau mula dilaksanakan Malaysia kelihatan berada pada titik perubahan penting.