Surprise Me!

Konsert Countdown KITA 2026

2026-01-05 51 Dailymotion

Konsert Countdown KITA 2026 terus mengukuhkan kedudukannya sebagai program No.1 malam ambang tahun baharu, mencerminkan keupayaan Astro menyatukan rakyat Malaysia melalui hiburan berkualiti dan relevan untuk semua. Temu bual ini menampilkan Elyna Rahmat, Penolong Naib Presiden Kandungan GenNext Astro, yang berkongsi hala tuju strategik dan perancangan Astro bagi memastikan konsert ini kekal dekat di hati penonton.

Turut bersama ialah barisan artis terlibat yang berkongsi pengalaman menjadi sebahagian daripada acara ambang tahun baharu terbesar negara, selain mengupas kepentingan kolaborasi pelbagai genre dan generasi dalam menyatukan rakyat serta mengangkat martabat industri hiburan tempatan.