Seni berperanan sebagai medium penyatuan dan pemberi makna kepada masyarakat. Menerusi Program Ekspresi Seni Melalui Batik: Casuarina Art Beat, yang digerakkan oleh Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam bersama Kolej Casuarina ini juga berjaya mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Program ini turut melibatkan lebih 500 peserta orang kurang upaya, sekali gus membuktikan seni mampu menjadi medium inklusif dalam memperkasa komuniti.
Pagi ini dalam #AWANIPagi, kami akan bersama Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam, Encik Sumardianshah Silah, serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Casuarina UiTM Puncak Alam, Afiq Luqman Bahari, bagi mengupas makna kejayaan ini dan peranan seni dalam membina masyarakat yang lebih inklusif.