Buat julung kalinya, Lambretta Malaysia berjaya menghimpunkan lebih daripada 500 unit Lambretta dalam satu acara yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.
Daripada model moden sehinggalah Lambretta klasik yang jarang ditemui, semuanya hadir memeriahkan suasana.
Ini antara visual yang sempat dirakam Roda Panas semalam, merakam detik bersejarah buat komuniti Lambrettista tempatan.