Lebih 500 unit Lambretta berhimpun dalam satu acara besar yang berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, sekali gus mencipta momen bermakna buat komuniti Lambrettista tempatan.
Daripada Lambretta moden sehinggalah model klasik yang sukar ditemui, semuanya hadir memeriahkan suasana dan mencerminkan kekuatan komuniti ini.
Acara ini turut menjadi lebih istimewa dengan kehadiran pemilik jenama Lambretta, Walter Scheffrahn.