Inflasi Malaysia meningkat kepada 1.6 peratus pada Disember 2025, lebih tinggi berbanding 1.5 peratus pada November 2025, didorong kenaikan dalam beberapa kumpulan utama termasuk Penjagaan Diri, Perlindungan Sosial & Pelbagai Barangan & Perkhidmatan serta Pendidikan.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), mata indeks IHP Disember mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan sama tahun sebelumnya, manakala beberapa kumpulan seperti Maklumat & Komunikasi serta Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain turut menunjukkan peningkatan lebih ketara berbanding November 2025.