Pelakon Redza Rosli berkongsi perasaan syukur dan teruja selepas menimang cahaya mata baru-baru ini.
Walaupun sibuk dengan penggambaran drama, Redza mengakui tanggungjawab terhadap anak dan keluarga tetap utama.
‘Perjalanan bergelar bapa sangat indah, syukur untuk setiap detik,’ kata Redza.
Dia berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran kempen Ramadan Astro yang berlangsung di Astro Bukit Jalil.