Surprise Me!

Inisiatif Mydin tarik pelbagai bangsa, agama sertai iftar

2026-03-06 619 Dailymotion

Inisiatif Mydin tarik pelbagai bangsa, agama sertai iftar

Suasana di dalam bangunan pasar raya Mydin Meru Raya, Ipoh bertukar meriah apabila kira-kira 1,000 pengunjung berhimpun bagi memeriahkan Jelajah Iftar Sinar Mydin 2026 pada Rabu.

Program anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad dengan kerjasama Sinar Harian itu bukan sahaja menjadi medan berbuka puasa, malah platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai latar belakang.